Majlis Pelancaran Nilam

 "SUPER TAWANG", 01 OGOS 2022: NILAM ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pelajar di seluruh Malaysia menanam minat membaca. NILAM ialah kata ringkas untuk Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program ini bermula sejak tahun 1999. 

Pelancaran Nilam peringkat sekolah SK Tawang 2022 telah berlangsung pada 01 Ogos 2022 bermula jam  7.30 pagi tadi di Dewan Seri Tawang, SK Tawang, Bachok. Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Es'wati binti Ismail, Guru Besar SKT.

Gimik Pelancaran

Pemplet Aturcara



Berikut adalah jadual pengiktirafan bintang bagi pencapaian NILAM:

Bagaimana Pengiraan Anugerah Bintang Nilam?
Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang pengiraan pengiktirafan Bintang Nilam. Pengiraan ini telah mengalami proses tambah baik. Murid-murid boleh meningkatkan markah prestasi PAJSK dengan adanya pengiktirafan bintang dalam Program Nilam. Perkongsian ini boleh dijadikan rujukan guru, ibu bapa dan juga murid-murid yang sedang mencari maklumat tentang ini.

Semua guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Melalui amalan membaca, kita dapat mengamalkan budaya ilmu. Bimbing anak-anak untuk melibatkan aktif dalam program-program membaca yang dianjurkan.

Berikut merupakan skor aspek penglibatan kokurikulum bagi Program Nilam yang telah ditambah baik. Boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui skor bagi peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan.
Sumber : https://www.cikguayu.my/anugerah-bintang-nilam-sekolah-rendah-dan-sekolah-menengah/

Maklumat ini juga bersumberkan perkongsian daripada Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jom sama-sama kita budayakan hobi membaca!

KLIK LINK UNTUK DOWNLOAD > Panduan Perlaksanaan NILAM Di Sekolah 

Previous Post Next Post