PPKI KPKP

PENGENALAN

Pendidikan Khas adalah suatu cabang pendidikan yang memberi peluang kepada golongan kelainan upaya untuk menerima pelajaran seperti kanak-kanak normal. Golongan kelainan upaya ini dibahagikan kepada tiga jenis persekolahan iaitu:
1. Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)

2. Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)

3. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

Setiap daripadanya memberi pengkhususan kepada murid-murid OKU mengikut keperluan masing-masing. Terdapat banyak Sekolah Intergasi Pendidikan Khas telah ditubuhkan di sekolah-sekolah aliran Perdana bagi memastikan tidak ada murid-murid yang keciciran. Murid-murid ini diberikan elaun pendidikan khas pada setiap bulan.

Kelayakan untuk memasuki sekolah pendidikan khas ialah:
1. Murid tersebut telah menerima surat perubatan daripada doktor yang bertauliah.
2. Murid tersebut telah memiliki kad OKU.
(Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat)
3. Murid tersebut telah menerima surat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Menerusi pendidikan ini, diharap murid-murid ini mampu berdikari, menguruskan diri dan berdaya saing menuju kehidupan yang lebih sempurna.

Murid-murid Pendidikan Khas yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah:
1. Autisme
2. Sindrom Down
3. Selebral Palsi
4. Dileksia
5. Hiperaktif (ADHD) / Hipoaktif
6. Lembam
7. Pintar cerdas
8. Terencat akal yang minima

Setiap murid-murid ini mempunyai potensi yang berbeza-beza. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai diterapkan mengikut tahap kebolehan murid. Tahap masalah murid-murid ini boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iatu baik, sederhana dan lemah. Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan

“Guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Program Inklusif
Program Inklusif ialah Program Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) yang menempatkan murid-murid yang berpotensi untuk mengikuti P&P di kelas normal. Pemilihan murid-murid adalah berdasarkan penilaian prestasi dan pencapaian mereka di kelas khas. Menerusi program ini, murid-murid khas berpeluang mengikuti mana-mana matapelajaran di kelas aliran perdana dengan bimbingan daripada guru matapelajaran tersebut dan seorang guru pendidikan khas.

KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Sekolah rendah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Pelaksanaan KSSR bagi Pendidikan Khas adalah seperti berikut:

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

- Murid-murid ini mengikuti Kurikulum Altenatif yang digubal khusus berasaskan KSSR

Murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)

- Murid-murid ini mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Kemahiran Asas Individu. Masalah Penglihatan (KAIMAL). Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Dunia Seni diubahsuai mengikut keperluan murid.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)

- Murid-murid ini mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK). Murid Tahun Pengukuhan pula mengikuti KSSR yang digubal khusus sebagai persediaan ke Tahun 1.

- Sebagai pendidik dan pengurus yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sengan golongan insan istimewa ini hendaklan mempunyai pengetahuan yang lengkap dan tepat agar dapat membantu membina sikap yang positif terhadap diri dan keperluan mereka. Situasi persekitaran kelas yang sesuai dan iklim yang memberangsangkan mungkin boleh merangsang perubahan mental dan tingkah laku insan ini.

Semoga niat yang luhur, tekad yang kental dan usaha yang padu serta jitu mudah-mudahan kita dapat membina insan istimewa di seluruh pelusuk negara kita.


SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK TAWANG
Ditubuhkan pada 02/01/2008. Pada masa itu tiada kelas untuk diberikan kepada PPKI maka, kelas ini ditangguhkan terlebih dahulu. Pada 13/07/2008, PPKI telah diberikan satu ruang kelas yang dahulunya digunakan oleh Guru Kaunseling. Oleh yang demikian kelas ppki dapat dibuka pada 03/08/08.

Guru PPKI yang pertama adalah Md Arif Majid dan seorang pembantu Pn Norazila dan dikuti oleh Abd Jalil. Pada 1/7/2008 seorang guru gstt telah dihantar ke sekolah ini. Sehingga hari ini (2008) PPKI mempunyai 2 guru dan 2 pembantu. Murid seramai 8 orang sahaja.

VISI PPKI SK TAWANG
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid – murid dengan keperluan khas untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai 3M (Membaca, menulis dan mengira). MISI PPKI SK TAWANG Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid – murid dengan keperluan khas untuk melahirkan insan yang dapat berdikari berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

OBJEKTIF PPKI SK TAWANG
Bimbingan yang berterusan mengikut keupayaan dan kemampuan murid. Mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing – masing. Murid mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna. Proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat muridd berkeperluan khas kepada pembelajaran. Murid mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.


PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia (PKBP) telah bermula sejak 1988 dengan pembukaan kelas khas bermasalah pembelajaran yang pertama di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Sejak itu program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan melalui pelbagai perubahan. Perubahan ini berbentuk penubuhan lebih banyak kelas khas bermasalah pembelajaran meliputi sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia, latihan perguruan, peruntukan kewangan, penubuhan sekolah vokasional pendidikan khas yang baru dan sebagainya. Kurikulum PKBP bagi sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah digubal pada tahun 2003 serta diguna pakai di seluruh negara sejak itu.

Menurut Jamila (2005), dalam Akta Pendidikan 1996 maksud Program Pendidikan Khas dikategorikan kepada tiga pengertian. Pengertian yang pertama ialah suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Keduanya program ini bererti suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Pengertian ketiga ialah program ini merupakan suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan program integrasi kelas-kelas khas bermasalah pembelajaran yang diwujudkan dalam sekolah-sekolah arus perdana. Murid-murid yang telah disahkan oleh doktor perubatan dan dirujuk sebagai mempunyai masalah pembelajaran ditempatkan dalam kelas-kelas khas bermasalah pembelajaran yang sedia ada.

Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Sementara itu murid-murid bermasalah pembelajaran bermaksud murid-murid yang telah dikenal pasti menghadapi masalah-masalah dalam pembelajaran mengikut tahap kefungsian keupayaan mereka dalam bidang seperti keupayaan kognitif, keupayaan bahasa, pertuturan atau lisan, penguasaan kemahiran matematik, kemahiran tingkah laku sosial atau perkembangan, kemahiran perkembangan, kemahiran bekerja sendiri, dan kemahiran pemiagaan/perindustrian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

Mengikut Buku Maklumat Pendidikan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down, Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau gangguan kekurangan tumpuan dan hiperaktif, terencat akal minimum, dan masalah pembelajaran spesifik. Murid dalam kategori tersebut mewakili komposisi murid dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di seluruh negara.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi kelas khas bermasalah pembelajaran yang diwujudkan dalam sekolah arus perdana yang sedia ada. Kelas- kelas ini terletak di bawah tanggung jawab pentadbiran sekolah terbabit. Kelas khas bermasalah pembelajaran ini diketuai oleh seorang penyelaras. Selain terlibat dengan aktiviti sekolah, guru- guru kelas khas bermasalah pembelajaran juga terlibat dengan aktiviti peringkat daerah dan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas negeri masing-masing apabila mereka diperlukan.

Kelas khas bermasalah pembelajaran ini melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kelas ini juga mempunyai aktiviti kokurikulum sendiri seperti kumpulan pengakap, kesenian, lawatan, terapi berkuda, terapi berenang dan sebagainya. Secara amnya kelas khas bermasalah pembelajaran berkongsi iklim persekitaran persekolahan yang sarna, berkongsi kemudahan fizikal yang sama dan terlibat dalam aktiviti sekolah seperti yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah. Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) ini ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil bergantung kepada enrolmen murid bermasalah pembelajaran di sesebuah sekolah serta kemudahan yang ada disediakan.

Dalam sistem pendidikan negara kita terdapat segolongan kanak- kanak yang tidak mampu mengikuti sistem KBSR sepenuhnya. Mereka ini dikenali sebagai murid- murid dengan keperluan khas atau insan istimewa. Mereka memerlukan kepada suatu program Pendidikan Khas. Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi ( pertuturan dan bahasa ), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Kanak- kanak dengan keperluan khas adalah kanak- kanak yang mengalami;

Kerencatan Akal (lembab).

Cotohnya Sindrom Down.

Masalah Pendengaran.

Masalah Penglihatan.

Masalah fizikal

Contohnya Kerencatan otak (CP)

Lain- lain termasuklah

Terlalu Aktif (hiperaktif )

Autisma

Epilepsy (Sawan)


Program Pendidikan Khas bermaksud;
Suatu program yang disediakan disekolah khas bagi murid- murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan kecacatan pendengaran.

Suatu program percantuman disekolah biasa bagi murid- murid yang mempunyai kecatatan penglihatan, kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran.

Suatu program pendidikan inklusif bagi murid- murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama- sama dengan murid- murid biasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3 (2 ) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran. Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid. Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah (berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun). Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka yang layak mengikuti program pendidikan khas adalah;

Murid- murid dengan keperluan khas yang boleh dididik kecuali

Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa.

Murid yang mempunyai pelbagai kecatatan atau sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat.

Seseorang murid dengan keperluan khas yang mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti Program Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.