MATLAMAT HEM
Pengurusan HEM telah dipertanggungjawabkan sebagai satu unit penting dalam pembentukan disiplin murid, penerapan nilai murni ke arah berakhlak mulia, mengurus kebajikan murid, keselamatan dan kesihatan murid, menyelesaikan masalah murid yang bermasalah dan memastikan murid dapat belajar dengan sempurna bagi melahirkan murid yang berilmudan berketerampilan, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF HEM
1. Menentukan murid tidak terlibat dengan kes salah laku dalam kategori berat dan patuh kepada peraturan sekolah.
2. Menentukan murid yang layak menerima kebajikan mendapat sumbangan dan bantuan.
3· Memberi sumbangan khidmat bimbingan kaunseling kepada murid yang memerlukannya.
4. Menentukan semua murid mendapat perkhidmatan kebajikan buku teks, keselamatan dan kesihatan.
5. Memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan Bersih dan ceria.
6. Melatih murid berjimat cermat dengan adanya program menabung.
MOTO HEM
“Sahsiah Unggul, Murid Cemerlang”
VISI HEM
· Semua guru komited terhadap bidang tugas sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kementerian.
· Gigih bergerak dan berjuang untuk merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara global.
· Mengekalkan kecemerlangan sahsiah diri dan jati diri murid Sekolah Kebangsaan Tawang.
· Meningkatkan daya saing murid dan potensi diri sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum.
· Berupaya, bebas dan berani mengembeleng sepenuhnya tenaga dan idea ke arah kecemerlangan sekolah.
MISI HEM
Meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan jati diri murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH HEM
Mendukung dan memperjuangkan pembinaan agama, bangsa dan negara berasaskan Rukun Negara, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perencanaan dan pelaksanaan secara jujur untuk peningkatan dalam penghayatan serta pengamalan peraturan sahsiah diri murid dan warga sekolah.
PIAGAM HEM
· Mesra, selesa, ramah, cepat dan tepat apabila berurusan dengan unit HEM.
· Sedia membantu dan bekerjasama dengan semua pelanggan.
· Cuba mempermudahkan, menyelesaikan pelbagai masalah murid, ibu bapa, guru dan masyarakat.
· Mengutamakan menyelesai masalah murid dan ibu bapa melibatkan pengajaran dan pembelajaran.
· Membantu ke tahap semaksimum yang boleh supaya murid seronok ke sekolah tanpa ponteng dan kes salah laku.
· Memberi maklumat selengkap yang boleh secara jujur kepada guru, murid, ibu bapa, masyarakat, PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia